Wednesday, 30 November 2011

KATA KERJA 动词


    1.      Kata kerja ialah perkataan yang menunjukkan sesuatu perbuatan yang dilakukan.
    2.      Kata kerja terbahagi kepada dua,iaitu:
·         Kata kerja transitif
§  Kata kerja yang memerlukan objek untuk melengkapkan makna ayat.
·         Kata kerja tak transitif
§  Kata kerja yang tidak memerlukan objek selepas kata kerja tersebut.

v  Kata kerja transitif aktif seperti: makan,minum,memasak mendengar.
v  Kata kerja transitif pasif seperti: dipelihara,dicuci,diberi.
v  Kata kerja tak transitif seperti: bangun,gugur,berjalan.

LATIHAN
A) Isikan kata kerja yang sesuai dalam ruang yang disediakan.
menonton
menendang
melipat
bermain
melompat
dijaga

   1.      Zahid gemar(           )televisyen pada masa lapang.
   2.      Zunita dan Tan Ling Ming (          ) bola di padang.
   3.      Bayi itu(           )oleh ibunya.
   4.      Monyet itu(           )di dahan pokok.
   5.      Penyanyi itu menyanyi sambil(             )gitar.
  6.    Ibu(         )kain yang baru diangkat dari ampaian.


B) Padankan kata kerja dalam gambar yang disediakan.


No comments:

Post a Comment