Sunday, 11 December 2011

Tanda Baca 标点符号


Nota Ringkas:
1.    Tanda baca ialah tanda-tanda yang digunakan untuk menunjukkan intonasi dan nada ketika membaca.
2.   Berikut ialah penggunaan  tanda baca:
Tanda Baca
Penggunaan
Tanda noktah /titik  (.)
Pada akhir ayat yang lengkap.
Tanda koma (,)
Untuk memisahkan unsur-unsur yang melebihi dua unsur ayat.
Tanda tanya (?)
Digunakan pada akhir ayat tanya untuk menanyakan sesuatu.
Tanda seru (!)
Menerangkan perasaan untuk ayat seruan.
Tanda petik (“   ”)
Digunakan dalam perbualan.
Tanda sempang ( -)
Perkataan yang digandakan dan menghubungkan awalan ke dengan angka

Pada huruf pertama dalam ayat
Huruf besar
Pada huruf pertama kata nama khas

Pada huruf pertama selepas tanda seru , tanda soal, dan tanda petik

Pada huruf awal untuk gelaran

Pada huruf pertama selepas tanda pembuka pengikat kata
Tanda titik bertindih ( :)
Digunakan dalam dialog


1 , 2 , 3 , Marilah Berlatih~


Latihan:
Tulis penjodoh bilangan yang sesuai berdasarkan gambar-gambar di bawah.

Penjodoh Bilangan 量词


Nota Ringkas:
1.    Penjodoh bilangan digunakan untuk membilang benda,orang,binatang ,dan tempat.
2.   Penjodoh bilangan didahulukan dengan kata bilangan dan diikuti dengan kata nama.
3.   Contoh penjodoh bilangan dan penggunaannya:











Kata Seru 感叹词


Nota Ringkas

1.    Kata seru ialah bentuk kata yang berfungsi untuk menggambarkan perasaan yang berbagai-bagai seperti marah,kagum,takut dan sebagainya.

2.   Contoh kata seru dengan penggunaanya:

3.   Ayat Contoh:
a)   Aduh,sakitnya kaki aku!

b)  Amboi,cantiknya baju baharu awak!



c)   Wah,tingginya Menara Kuala Lumpur!
d)  Syabas,anda telah berjaya!

4.   Ayat seru ialah ayat yang disertai kata seru.
5.   Ayat seruan diakhiri dengan tanda seruan(!)

Kata Sendi Nama 代词


Nota Ringkas
  1.    Kata sendi nama digunakan untuk menghubungkan kata nama dan kata ganti nama.
  2.   Contoh kata sendi nama dan fungsinya:

Kata Sendi Nama
Penggunaan
Ayat contoh
di
Menunjukkan tempat atau arah
Saya belajar di Sekolah Kebangsaan Pilin.
ke
Menunjukkan tempat,arah atau tempat yang hendak dituju
Ayah ke Kuala Lumpur kerana urusan kerja.
pada
-digunakan untuk masa

-digunakan untuk orang
Pada masa lapang,saya suka mengumpul setem.
kepada
Menunjukkan arah dan letaknya di hadapan kata nama( merujuk kepada manusia)
Kakak menulis surat kepada kawannya di Sabah.
dari
Menunjukkan tempat,arah,dan masa.
Awak berasal dari mana?
daripada
-menunjukkan sumber atau asal sesuatu benda

-menunjukkan perbandingan
Perabot itu diperbuat daripada rotan.
dengan
-menunjukkan makna untuk cara

-menunjukkan penyertaan

-menunjukkan makna menggunakan alat
Ibu ke tempat kerja dengan kereta kawannya.
oleh
Digunakan dalam ayat pasif
Novel itu ditulis oleh pengarang terkenal.
Untuk/bagi
Menentukan sesuatu
Datuk mencangkul tanah untuk menanam sayur.

Kata Hubung 连词


Nota Ringkas:
1.    Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata,frasa dengan frasa,dan ayat dengan ayat.
2.   Contoh kata hubung:
Dan
Serta
Atau
Kecuali
Sambil
Lalu
Yang
Apabila
Kerana
Tetapi

3.   Contoh penggunaan kata hubung dalam ayat:

a)   Ahmad dan Azli berjalan kaki ke sekolah.
b)  Awak mahu kopi atau teh?
c)   Lina membaca suratkhabar sambil mendengar radio.
d)  Cikgu Riduan tidak hadir ke sekolah kerana sakit.
e)   Salmi sangat peramah tetapi kakaknya pendiam.
f)   Kamal,Zainal ,dan Zamri serta rakan-rakan sekelasnya melawat ke Zoo Negara.
g)   Ayah mencapai surat khabar di atas meja lalu membacanya.

UPIN & IPIN 2011 (Season 5) - Belajar Lagi..? (EPISODE 1) (With Subtitle!)

Kata Adjektif


Latihan : 

  1.    Badan Ah Seng sangat ( gemuk , tinggi) kerana kuat makan.

  2.   Rumput di halaman rumah menjadi ( pendek, panjang) selepas dipotong.

  3.   Batu di tepi jalan itu sangat ( keras,tebal).

  4.   Bunga mawar itu berbau ( harum, hancing).

  5.   Pemuda itu kelihatan ( comel, kacak ) dengan pakaian kerjanya.

  6.   Puan Siti gemar memakai pakaian yang berwarna ( jernih, terang).

  7.   Pokok rambutan berbuah ( tebal, lebat) di tepi jalan itu.

  8.   Kakak mengelap pinggan hingga ( kering,basah).

  9.   Zaitun ( gembira, sedih) apabila diumumkan sebagai pelajar cemerlang.

  10.Fizah kelihatan ( kusam ,ceria) selepas berkahwin dengan kekasihnya.


Friday, 9 December 2011

Kata Adjektif 形容词


Kata Adjektif形容词
Nota Ringkas:
1)   Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda ,orang, binatang, tempat ,dan sebagainya.

2)  Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat.

3)  Jenis-jenis kata adjektif seperti berikut: