Sunday, 11 December 2011

Kata Hubung 连词


Nota Ringkas:
1.    Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata,frasa dengan frasa,dan ayat dengan ayat.
2.   Contoh kata hubung:
Dan
Serta
Atau
Kecuali
Sambil
Lalu
Yang
Apabila
Kerana
Tetapi

3.   Contoh penggunaan kata hubung dalam ayat:

a)   Ahmad dan Azli berjalan kaki ke sekolah.
b)  Awak mahu kopi atau teh?
c)   Lina membaca suratkhabar sambil mendengar radio.
d)  Cikgu Riduan tidak hadir ke sekolah kerana sakit.
e)   Salmi sangat peramah tetapi kakaknya pendiam.
f)   Kamal,Zainal ,dan Zamri serta rakan-rakan sekelasnya melawat ke Zoo Negara.
g)   Ayah mencapai surat khabar di atas meja lalu membacanya.

No comments:

Post a Comment