Sunday, 11 December 2011

Kata Sendi Nama 代词


Nota Ringkas
  1.    Kata sendi nama digunakan untuk menghubungkan kata nama dan kata ganti nama.
  2.   Contoh kata sendi nama dan fungsinya:

Kata Sendi Nama
Penggunaan
Ayat contoh
di
Menunjukkan tempat atau arah
Saya belajar di Sekolah Kebangsaan Pilin.
ke
Menunjukkan tempat,arah atau tempat yang hendak dituju
Ayah ke Kuala Lumpur kerana urusan kerja.
pada
-digunakan untuk masa

-digunakan untuk orang
Pada masa lapang,saya suka mengumpul setem.
kepada
Menunjukkan arah dan letaknya di hadapan kata nama( merujuk kepada manusia)
Kakak menulis surat kepada kawannya di Sabah.
dari
Menunjukkan tempat,arah,dan masa.
Awak berasal dari mana?
daripada
-menunjukkan sumber atau asal sesuatu benda

-menunjukkan perbandingan
Perabot itu diperbuat daripada rotan.
dengan
-menunjukkan makna untuk cara

-menunjukkan penyertaan

-menunjukkan makna menggunakan alat
Ibu ke tempat kerja dengan kereta kawannya.
oleh
Digunakan dalam ayat pasif
Novel itu ditulis oleh pengarang terkenal.
Untuk/bagi
Menentukan sesuatu
Datuk mencangkul tanah untuk menanam sayur.

No comments:

Post a Comment